Aku suka komentar sebegini

Posted by Jimmy

Huh.. penat sungguh malam tadi. Menghabiskan saban malam untuk membaca komen-komen sahaja yang mencecah ratus-ratus. 222 di blog Mohd Ismail, 235 di blog Khai, dan selebihnya di forum wang cyber. Untuk makluman korang, tiada satu komen pun yang aku ’skip’ daripada membacanya. Di blog Mael, kecoh tentang Blogstarz manakala di Justkhai dan Wang Cyber pula kecoh isu niaga kit.

Entri aku kali ini bukanlah untuk mengulas tentang salah satu isu tersebut seperti mana aku ulas blogstarz sebelum ini. Tetapi aku ingin kongsi pendapat aku tentang komentar yang dapat aku kenal daripada tulisan mereka. Ada daripada empunya produk dan ada daripada pengkritik (suara pengguna).

1.Mohd Ismail:
Aku ucapkan tahniah di atas ketenangan Mael menjawab segala komen dari Raja Blog. Walaupun entri Mael tidak sedetail entri dari taukey, Mael tidak sedikit pun melatah apabila menjawab. Tambahan lagi semua jawapan yang diberikan Mael tidak lari daripada tajuk (seperti “macam hensem sangat, gigi je putih kat avatar”).

2.Justkhai:
Walaupun untuk entri kali ni aku nampak Khai banyak dibantai, tetapi aku tengok Khai tidaklah terlalu melalut (sedikit melalut itu adalah normal). Lebih penting lagi, walaupun blog tersebut milik Khai, Khai tidak pun menyamar sebagai komentar lain untuk membackup dirinya. Sedangkan sekiranya Khai menyamar pun tiada siapa yang boleh tahu kerana Khai sorang je yang boleh memeriksa IP adress komentar. Tambahan pula, Khai sanggup turun ke forum Wang Cyber sendiri untuk menyelesaikan permasalahan. Tahniah Khai kerana berjaya mengekalkan composure anda.

3.Hafreze:
Aku perasan Hafreze muncul dalam kedua-dua isu hangat di atas. Berdasarkan kesemua komen Hafreze, aku tahu apa yang dicakapkannya adalah pandangannya sendiri. Walaupun dalam isu niaga kit pandangannya agak direct, tetapi aku cukup yakin pandangannya bukanlah untuk menjatuhkan perniagaan Melayu. Lebih penting lagi, Hafreze sentiasa mengekalkan komposisi dirinya. Walaupun ada komen yang tiada kena mengena yang mengaitkan genre blog Hafreze, tetapi Hafreze tidak pun melatah dan menganggapnya itu adalah pendapat personal komentar itu sendiri.

4.Bob:
Bob ialah empunya niaga kit. Walaupun niaga kit adalah milik Bob, tetapi Bob tidaklah menggelabah dalam memberi komen. Tiada sebarang flamethrower yang disemburkan kepada Khai mahupun Hafreze. Mungkin kerana projek niaga kit ini tidak sampai pun 5 juta. Barangkali Bob akan melakukan flamethrower juga jika projek ini memakan 5 juta ringgit modalnya. Boleh baca sendiri di blog Khai tentang kelebihan niaga kit daripada Bob. Beginilah komen yang aku mahukan daripada penyedia produk. Soalan dibalas dengan jawapan. Bukannya soalan dibalas dengan soalan, soalah dibalas dengan cemuhan, atau soalan dibalas dengan kritiikan terhadapa rupa paras dan kekayaan kita.

5.Inspiration (ahli Wang Cyber):
Aku tak kenal siapa orang ni dan aku tak tahu pun alamat blognya (itu pun kalau ada). Tetapi aku suka cara Mamat ini berfikir iaitu dengan melihat pros dan cons sesuatu benda dan merasakan penilaian terhadap sesuatu produk itu berbeza untuk setiap orang.

6.Mr.Crew (ahli Wang Cyber):
Ahli yang memulakan topik berkenaan niaga kit di forum wang cyber. Walaupun dia yang memulakan topik tersebut, tetapi aku rasa sumbangannya Mr.Crew dalam kontroversi ini amatlah sedikit. Tetapi di penghujung post forum, Mr.Crew turut melahirkan rasa bersalah dan tanggungjawab di atas segala tohmahan yang dituju kepada Hafreze dan Khai. Sekiranya orang beginilah yang akan menjual produk kepada aku, sudah tentu aku tak perlu berfikir dua kali untuk membeli kerana aku yakin dia bertanggungjawab ke atas perasaan pengguna atau pelanggannya.

Aku tahu aku bukanlah sesiapa untuk memberi pandangan tentang entri-entri yang panas sebegitu. Tetapi aku cukup pasti bahawa untuk memberi pandangan, engkau tidak perlu menjadi sesiapa pun samada di dunia internet atau di dunia sebenar. Tidak semestinya engkau ada pangkat pandangan engkau betul, dan tidak semestinya apa yang betul perlukan hujah yang banyak. Acapkali, kedua-dua benda betul cuma bergantung kepada kehendak dan keadaan.

Seperti isu niaga kit, harganya memang mahal bagi aku tetapi setelah mendengar sendiri komen daripad Bob dan Inspiration, ada logiknya harga tersebut. Dan semua ini aku tak akan tahu sekiranya Hafreze tidak mengemukan pandangannya. Sekiranya engkau rasa harga tersebut mahal, jadikan lah ini sebagai peluang untuk membuat sistem yang sama seperti niaga kit tetapi dengan harga yang lebih murah. Semoga dengan bertambahnya persaingan, semakin meningkat mutu barang atau perkhidmatan yang diberikan.

ENTRI KALI INI BUKANLAH UNTUK MENGULAS SISTEM BLOGSTARZ ATAU NIAGA KIT, PASTIKAN KOMEN ANDA JUGA BEGITU SEKIRANYA ANDA INGIN KOMEN.

9 Responses to “Aku suka komentar sebegini”

  1. Kujie says:

    Saya juga habiskan masa berejam membaca komen di ketiga-tiga tempat tersebut, tetapi saya tidak mengomen.

    Membaca dan menilai untuk diri sendiri.

  2. izzat says:

    letih ak baca komen2 dorang..tp worth it.. dorang mmg open minded, ni sikap paling penting pada ak sebagai blogger, kena pandai terima pendapat orang lain..jangan cepat melatah..

  3. Jimmy says:

    Yup, betul tu. Sebenarnya ada isi tersirat untuk entri ni. Bagi yang dah baca komen-komen di blog Mael tentu faham.

  4. taukey says:

    inspiration tu nama sebenarnya adalah jeng jeng jeng. hehehe. tak yah sebut. bagi aku dia memang penuh dengan sikap professional. Dia selalunya tak akan terlibat dengan apa apa konflik dan sekiranya dia terlibat komen dia kebanyakannya akan menjurus kepada SWOT. hehehehe. Aku pun turut inspired.

    5 juta….hahaha…aku senyum sinis sahaja

  5. lochoe says:

    apa aku perasan, justkhai tu nampak sgt lagaknya.. wtf..
    erm.. budak lagi, so takpela, belum belajar apa itu humble..

  6. Jimmy says:

    Betul gak tu Lochoe. Tapi aku belajar sesuatu daripada Khai. Untuk sesuatu blog tu famous tak semestinya owner die kena humble cam Mael atau Aeropama. (Cube ko usha pageview utk artikel2 die sume.. Pergh)

    Tapi blog die, die punye suka la.

  7. titan says:

    hehe. biasalah tu. susah nak puaskan hati semua pihak maa..

  8. Khai says:

    lochoe, itu pandangan “dumb ass” macam kau.. menilai orang semudah 1 2 3 .. oleh itu, aku menilai kau juga semudah 1 2 3 sebagai “dumb ass” .. no need to know you, no need selidik latar belakang, no need tahu siapa kau yang sebenar.. ternyata, semudah 1 2 3 … mungkin kau patut add aku di YM .. baru kau tahu sejauh mana lagak yg kau katakan tu… ID = khai_luct

    kepada harta web, thanks a lot….

  9. lochoe says:

    aku pernah jugak dulu suka mamat ni… aku respek la hasil kerja dia…

    bukan aku tgk dia 1 hari atau 2 hari, aku dah tgk mamat ni sejak 2 tahun dulu lagi ocaii…so x timbul aku komen semudah 1 2 3..

    aku rasa bukan aku sorang.. ada lagi yang mmg menunggu ko jadi humble sikit.. buang sifat “ko je yg pandai”…

    apa2 pun kalau ko still x puas hati dgn akoo.. boleh la kalau nak jumpa..

    x payah komen di blog akoo, akoo lebih suka.. ko x wujud okay… apa2 pun…

    maaf la pasai kenyataan diatas… itu dah lama dah..

Leave a Reply