Susahkah belajar daripada Google?

Posted by Jimmy

Aku tidak ada sedikit pun latar belakang IT. Jangan kata ambil kursus IT, mengikuti bengkel atau seminar 8 jam pun aku tak pernah. Walaupun abang abang dan kakak aku terlibat dalam profesion IT, aku rasa ilmu yang aku dapat daripda mereka tidak sampai lima peratus pun.

Segala-gala ilmu berkenaan IT aku dapat di kampus. Bermula daripada format PC sehinggalah kepada membina laman web di hosting sendiri. Semuanya hasil carian di Google. Aku pasti ramai blogger seperti aku. Google memang kawan karib bagi mereka. Nasib baiklah kampus aku ada kemudahan internet, kalau tak mungkin aku masih belum tahu bagaimana mem’format’ PC.

Tips belajar daripada Google
Kebanyakan rakan-rakan aku sukar untuk percaya aku belajar semuanya sendiri tanpa sebarang latar belakang IT. Mungkin mereka masih belum tahu cara menggunakan Google secara effisien.

Google ialah pensyarah yang senyap. Mereka hanya akan menjawab apabila anda bertanya soalan. Sekiranya pensyarah tidak jelas apa yang anda tanyakan, sudah tentu jawapan yang anda terima pun tidak memuaskan. Seperti pensyarah, begitu jugalah Google. Untuk menggunakan Google secara berkesan, ANDA PERLU TAHU APA YANG INGIN DITANYA.

Di IPT, pihak Universiti telah menyediakan syllabus pengajaran. Tetapi untuk belajar daripada Google, anda sendiri yang perlu mereka syllabus terbabit. Syllabus amat penting supaya anda boleh tahu hala tuju pembelajaran anda. Jika tidak, anda seumpama melepak di dunia internet. Merewang-rewang tanpa sebarang tujuan.

Bagaimana mendapatkan syllabus?
Antara cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan syllabus adalah bertanya kepada rakan-rakan anda yang mengambil kursus tersebut di Universiti.

Selain itu, anda juga boleh mencari mana-mana laman yang menjual ebook bagi ilmu yang anda kehendaki. Biasanya syllabus pembelajaran sesuatu ebook dinyatakan supaya anda tahu apa yang anda akan dapat melalui ebook tersebut. Sekiranya anda tidak berminat untuk membeli ebook tersebut, anda boleh belajar sendiri di Google berdasarkan syllabus tersebut.

Ps: Sekiranya anda berminat menjual produk fizikal seperti budu tetapi tidak mahu membeli ebook ini, anda boleh cuba reka sendiri syllabus daripada laman terbabit dan mencari jawapannya di Google.

Pss: Rapidshare pun boleh, tapi tak elok la.

4 Responses to “Susahkah belajar daripada Google?”

  1. hoho. dulu aku macam tu gak. tensen tul bila dapat pensyarah. tapi dia kata. note saya, awak cari kat internet..adeh..

  2. KampungBoy says:

    Bole dikatakn kebanyakan ilmu yg dikehendaki, ada di rumah pak cik google. tapi itula…siapa manusia yg nak cepat n tiada kesabaran menyebabkan jadi malas nak cari….jadi timbullah produk2 fizikal yg membantu memudahkan kerja n pencarian ilmu…

  3. awang says:

    memang Banyak boleh Belajar dari Pakcik google ni,SemuA ilmu ada,Kalau hari2 rajin surf google,memanG BanYAk benda Baru boleh Tahu

  4. eyema says:

    ehm..tak susah. search aje. macam2 jumpa..

Leave a Reply