Aku rasa, tentu sudah ramai yang tahu akan program-program untuk membeli link seperti TLA bukan? Tetapi kali ini aku bukanlah ingin memberitahu bagaimana membeli link di laman tersebut, sebaliknya aku ingin memberitahu cara terbaik membeli terus link daripada owner sesebuah blog.
Sesuai untuk mereka yang terlibat dengan adwords
Cara yang ingin aku kongsi ini amat sesuai untuk mereka yang sering menggunakan adwords. Sekiranya korang menggunakan adwords untuk mendapatkan ranking tinggi di dalam search engine, korang mungkin terpaksa menghabiskan berpuluh-puluh atau beratus-ratus ringgit sebulan. Tetapi cara yang aku maksudkan disini bergantung kepada cara korang berunding.
Cara yang aku maksudkan ialah dengan menaip di search engine keyword-keyword penting yang selalu korang guna di adwords. Sekiranya di dalam page pertama result terdapat listing daripada blog, ada rezeki lah korang. Cubalah berunding dengan owner blog tersebut untuk meletakkan link korang pada artikel tersebut (inlink).
Salah anggapan
Sekiranya mereka ingin jual link di blog mereka, suda tentu mereka telah mendaftar di laman sepatutnya terlebih dahulu seperti TLA.
Sebenarnya untuk diapprove di program-program sebegitu bukanlah senang kerana memerlukan traffik dan rank alexa yang sepatutnya. Tambahan pula, Google begitu bencikan mereka yang terlibat dalam program sebegini.
Mungkin artikel mereka mendapat kedudukan yang tinggi untuk keyword yang korang mahukan, tetapi tidak semestinya pagerank atau alexa rank mereka tinggi. Jadi sekiranya korang sanggup menaja artikel tersebut, sudah tentu ini merupakan berita baik untuk dia. Win Win Situation. Contoh Win Lose situation ialah, aku membuat backlink kepada blogstarz secara percuma.
Tidak menyalahi polisi Google
Walaupun apa yang aku terangkan kelihatan seperti TLA, tetapi ia agak berlainan. TLA dibenci Google kerana memanipulasikan pagerank. Apa buktinya? Mengikut polisi TLA, korang tidak boleh me’nofollow’kan sesuatu link daripada mereka.
Cara yang aku berikan di atas pula lebih kepada menarik traffik ke laman korang daripada sesuatu artikel. Tidak penting samada Owner blog ingin nofollow atau dofollow link. Sekiranya korang pandai berunding, mungkin dia akan memberi anda dofollow link.
Hemm.. Pizza hut tak nak sponsor entri pasal pasta hut aku ke?? (no.7 dan 8 dalam SERP). Tapi saingan memang kurang pun. Ha ha.
kena tgk DoFollow dan NoFollow gak. hehehe. baru dapat tingkatkan backlink ke blog atau web
erk. aku rasa ko mungkin silap sesuatu. dari ebook yg aku baca dari TLA, diorang tak kata diorang memanipulasikan pagerank. diaorang kata diorang lebih main kepada link popularity dan juga relevan sesebuat text link. Bagi TLA, pagerank bukan ukuran sangat. dan TLA sendiri menggalakan sesiapa yg nak beli link tu pilih keyword dan text yg relevan..ini fakta yg aku baca kat ebook yg diorang keluarkan. (tapi mungin tla temberang kot? hoho )
Site aku. mana ada pagerank. tapi inccome dr TLA lagi masyuk dr google. tu pasal google benci site aku. haha..takpe. Yahoo suka..
@Titan: Aku rasa TLA memang memanipulasikan pagerank pasal TLA mewajibkan dofollow link untuk semua link. Kenapa mesti dofollow?
Tapi mgkin aku tersilap bila kata blog mesti ada pagerank tinggi untuk TLA. Aku masih tak berani untuk bermain2 ngan TLA + blog English pun aku takde lagi.
*Utk blog ni aku ada problem sket kat yahoo. Utk makluman, co.cc negara luar punye (Rusia tak silap aku). Jadi bila aku search kat yahoo.com.my, memang tak jumpa site ni. Tapi google.com.my boleh pulak.
*Bagi yang guna blogspot, blog korang tak akan dilist di google.com.my pasal hosting tersebut di oversea. Kena guna webmaster tools dulu untuk setkan targeted traffic.
advertiser memang pandang pada pagerank. Tapi TLA, aku tak pasti. Dalam ebook yg aku download dari TLA sendiri. Diorang sendiri menggalakan advertiser pilih keyword yg relevant dengan entri atau website yg diorang nak iklankan. diorang tak suruh pun iklan kat blog yg ada pagerank tinggi.
Satu contoh terbaik. Techcrunch pun beli iklan kat entri blog aku. Bukan kat entry english. Tapi entri yg aku tulis dlm bahasa melayu. Tetapi entri tu, dia beli kat perkataan english. Ada berapa kerat je perkataan english kat entry tu. Tapi aku akui. entry itu popular dan banyak komen kat entry tu. Itu pasal dia sanggup beli. Iklan pun mahal woo.. itu yg aku suka TLA nih walaupun blog aku memang sah-sah takde PR.
Ada caranya klu site kita nk popular kat yahoo atau google. Kalau tak kene caranya, memang susah sket la..
sat. co.cc bukan asal dari korea ker??
Ha aa.. Korea. Baru aku ingat.
Aku cuba submit satu artikel kat blogspot aku, tapi tak lepas. Kecewanya. (traffik tak memberansangkan kut)
Aku belajar satu benda baru lagi. Entri korang akan diaccept terus kalau korang guna drupal, wordpress atau Moveable type.
Blogspot, joomla atau forum akan ditapis dahulu. (dan renyah sikit, kena isi macam-macam)
Apa akan jadi agaknya kalau site dibina pada joomla tapi ditanda ‘Yes’ pada wordpress??