Archive for the ‘Tips blogging’ Category

Mencari bakal pelanggan

Tuesday, December 22nd, 2009

jual beli domain

Sudah lama tak cerita tentang domaining ataupun jual beli domain. Sebelum ini aku ingatkan jual beli domain ni hanyalah dengan membina traffik dan kemudian jualkannya pada Sedo atau mana-mana marketplace yang mempunyai jual beli domain.

Ternyata aku silap setelah membaca sebuah ‘thread’ di dnforum tadi.

Rupanya kepandaian mencari pelanggan merupakan sesuatu perkara yang penting di dalam domaining juga. Di dalam thread itu, diceritakan bagaimana seorang domainer membuat duit dengan membeli domaining berharga dan menjualnya pada bakal pelanggan yang berkualiti.

(more…)

Menggunakan template yang simple

Tuesday, July 21st, 2009

Overview:

Kebiasaannya, ramai yang menganggap bahawa sesuatu laman yang cantik itu mampu menarik traffik yang banyak. Ada yang mengatakan sesuatu laman yang cantik dan penuh interaktif merupakan kunci yang membuatkan sesebuah laman kelihatan professional.

Sebab itulah masih ramai pereka website dan blogger menghiaskan laman mereka dengan flash kerana animasi yang dihasilkan flash memang mengagumkan. Dan ada pula yang memasukkan lagu ke dalam laman mereka. Cangih memang lah canggih, tapi macamlah aku tak ada simpanan lagu dalam PC aku. Lagi teruk kalau ketika tu memang aku tengah pasang MP3. Dah jadi macam lagu entah apa la pula.

Biar simple tapi laju

Bagi aku antara yang penting pada sesebuah laman itu adalah sebuah template yang teratur dan mampu load dengan laju. Ya, kelajuan loading adalah sesuatu perkara yang perlu di titik beratkan. Sekiranya load lambat, boleh jadi pengguna tidak sabar menunggu dan terus tekan ‘pangkah’.

(more…)

Blog rojak, sejauh mana prestasinya

Saturday, December 27th, 2008

rojakKebiasaanya, lebih ramai blogger yang cenderung untuk merojakkan blog mereka berbanding fokus kepada sesuatu subjek sahaja.

Alasannya, anda memerlukan kepakaran yang mendalam dalam sesuatu bidang untuk membuat blog yang khusus. Sekiranya tidak, masakan anda boleh mendapat idea untuk menulis entri-entri yang berkaitan.

Walaupun blog ini mempunyai banyak artikel mengenai teknik blogging dan kaedah menarik traffik, tetapi sebenarnya (more…)