Apa yang perlu dibuat apabila kehabisan atau expired kredit?

Posted by Jimmy

Tengah hari tadi aku perlu menggunakan SMS atas sebab-sebab yang tertentu. Walaupun aku menggunakan U-Pax dari Celcom,  kredit aku masih lagi expired.  Adakah borang permohonan aku masih belum disahkan Celcom?  Hendak cari kedai topup, memang jauh. Di sini ialah beberapa langkah troubleshooting yang telah aku jalankan dengan agak jayanya.

1. Dengan penuh semangat,  aku terus mencari sumber-sumber kehidupan untuk aku pau kredit mereka dan kecewa kerana tiada seorang yang aku jumpa.  Er, sebenarnya ada CinDia tapi aku rasa lebih elok kalau aku anggap tiada.

2. Lantas aku terus teringat akan yahoo messenger. Aku cuba mencari sesiapa untuk meminta mereka topup kepada aku. Promosi dilakukan secara kecil-kecilan sahaja melalui penukaran status di Yahoo Messenger. Spam besar-besaran tidak dilakukan. Tip tap tip tap, tiba-tiba hanya aku seorang yang masih online di YM.

3. Oh, dekat Yahoo Messenger boleh hantar SMS rupanya. Gembira sementara dan terus terdiam kerana hantaran tidak berjaya. Tak tahu kenapa.

4. Internet banking? Aku pernah dengar kawan aku topup melalui bankislam.biz. Tetapi bagaimana membuatnya? Erk, baru ingat yang aku baru sahaja bertukar ke nombor baru. Nombor lama yang aku daftarkan untuk  e-banking telah aku hadiahkan kepada ibu.

5. Teringat akan laman mobik, penyedia SMS percuma dari PC. Lagi sekali dikecewakan kerana laman ini sudah berhenti beroperasi.

6. Bersikap optimistik, aku terus mencari laman yang seperti mobik. Cari punya cari jumpalah perkhidmatan SMS percuma ni. Walaupun tidak sehebat Mobik, perkhidmatannya yang cepat dan laman yang ringkas memang menjadi pilihan aku.

free-sms

Misi selesai.

Ps: Aku baru sahaja menggunakan prepaid. Aku menggunakan postpaid sebelum ni. Jadi aku tidak tahu kalau ada cara lain yang lebih mudah.

Leave a Reply