Kawan aku baru sahaja membeli sebuah kamera DSLR yang berharga ribuan ringgit. Kamera DSLR memanglah seronok kerana kualiti gambar yang mampu korang hasilkan amatlah mengagumkan dan dengan teknik yang betul, gambar yang ditangkap kelihatan professional.
Tetapi yang kasihannya, ye la, kamera DSLR bukanlah sesuatu yang mudah untuk di bawa dan di beri pinjam kepada kawan-kawan yang lain (mahal beb, ingat nak bagi pinjam macam tu je ke?). Jadi akhirnya kenalah menjadi photographer sepenuh masa. Tambah-tambah pula kalau pergi aktiviti berat macam jungle tracking. Hah, memang membebankan kamera DSLR ni.
Harga sony DSLR di Penny Auction
Pernah dengar laman Penny Auction.com.my? Sekiranya korang lawat, laman ni memang nampak professional. Percaya atau tidak, korang mampu mendapatkan sebuah kamera sony DSLR dengan harga RM66.14 sahaja. Hah, terkejut bukan?
Bukan itu sahaja, Apple Ipod Shuffle hanyalah RM0.38 manakala handphone Sony Ericsson W880i hanyalah RM8.95 sahaja. Wah, murah murah. Bolehlah aku tukar ke Sony Ericsson pula lepas ni.
Sistem Penny Auction
Jadi, macam mana korang nak beli Iphone 3g, kamera DSLR atau handset Sony Ericsson tersebut dengan harga yang celah-celah gigi?
Konsep Penny Auction sama seperti lelong.com.my di mana korang perlu ‘bid’ untuk menjadi pemenang. Cuma yang berbezanya, setiap barang yang dilelong disediakan oleh syarikat Penny Auction sendiri dan korang perlu membayar untuk setiap ‘bid’.
Berikut merupakan harga untuk ‘bid’:
- 10 bids RM 2.00 (RM 20)
- 25 bids RM 1.92 (RM 48)
- 50 bids RM 1.80 (RM 90)
- 100 bids RM 1.60 (RM 160)
- 300 bids RM 1.50 (RM 450)
Persoalan tentang Penny Auction
Penny Action sememangnya menimbulkan persoalan kerana kita terpaksa membayar untuk setiap ‘bid’. Sekiranya korang rujuk harga untuk bid, paling murah ialah RM1.50. Bermakna Penny Auction boleh mendapat RM300 atas angin jikalau mempunyai 200 bidder.
“Oh, RM300 sahaja. Memang sesuai la harga tu untuk barang murah yang mampu mereka berikan,” kata seorang pelanggan yang naif.
Itu hanya pendapat untuk mereka yang menang bid tersebut dan dapat membeli dengan harga yang murah. Bagaimana pula dengan mereka yang kalah setelah mem’bid’ 20 kali. Hilang buta sahaja RM30.
Lebih teruk lagi kalau last bidder itu sebenarnya merupakan ahli Penny Auction sendiri. Dan untuk pengetahuan korang, AI untuk sistem sebegini bukanlah sukar untuk di buat. Sekiranya masa sudah hampir tamat, tetiba sahaja akan ada orang ‘bid’, dan korang pun ‘bid’ kembali.
Hukum Penny Auction
Walaupun aku kurang mahir dengan ilmu agama, tetapi aku yakin mereka yang menggunakan sistem Penny Auction berharap untuk mendapatkan barang yang di ingini dengan harga yang murah. Memandangkan korang perlu membayar untuk setiap bid dan barang tersebut belum pasti boleh korang dapat, maka aku yakin memang ada unsur perjudian dan nasib di sini.
Jadi fikir-fikirlah sendiri hukum yang sepatutnya di sisi agama.
Oh, ya. Iphone 3g 8gb masih lagi tiada bidder. Mesti boleh dapat harga murah untuk Iphone 3g ni kan? Jika korang berani pergi la sini untuk register dan bid. Hu hu.


tak mau aku. haha..