Pada entri aku sebelum ni, aku menyatakan kehairanan aku mengapa Alexa men’rank’kan sesetengah subdomain blogspot sahaja dengan betul. Itu pada blogspot, bagaimana pula dengan co.cc?
Samada di co.cc atau pada domain berbayar anda sendiri, setakat ini aku lihat Alexa tidak men’rank’kannya mengikut subdomain masing-masing tetapi menggabungkan kesemua traffik yang diterima semua subdomain.
1.Tidak boleh memeriksa ranking Alexa anda
Aku amat mementingkan ranking Alexa kerana aku dapat melihat kemajuan blog ini. Memandangkan aku guna co.cc, memang mustahiluntuk aku melihat ranking Alexa untuk blog ini kerana apa yang terpapar ialah ranking laman co.cc sendiri.
2.Domain co.cc tidak boleh dijual
Anda tidak berhak untuk menjual subdomain co.cc yang anda gunakan. Tambahan pula, subdomain co.cc tiada nilainya di pasaran domaining.
3.Selalu down
Bulan lepas, co.cc menyebabkan blog ini tidak boleh diakses selama 2 hari. Fuh, lama tu. Berbulu gak aku tunggu elok balik.
Blog ini aku dirikan di atas co.cc kerana aku tidak kisah sangat tentang no.2 dan 3. Tetapi setelah beberapa lama menggunakannya, baru lah aku sedar akan no.1 ini. Jadi dalam masa terdekat ini aku akan berpindah ke alamat baru iaitu Jimmy.mrr2.com.


ada kegunaan co.cc untuk banyak perkara. Tapi kalau nak jual domain. Sudah tentu co.cc tidak digalakkan. Aku lebih prfer jika pakai domain dot com atau dot net.
Tapi, aku ada sebab untuk menggunakan co.cc dengan galaknya. Haha..