Tahukah korang sosial bookmarking? Sosial bookmarking ialah laman yang membolehkan korang menghantar preview artikel yang dihasilkan di sana supaya sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan artikel tersebut perlu pergi ke laman yang sepatutnya. Justeru meningkatkan traffik ke laman korang. Sosial network pula ialah laman-laman untuk merapatkan ukhwah seperti blogstarz, friendster dan myspace.
Jangan keliru tu.. Sosial bookmark dan sosial network.
Antara kelebihan sosial bookmarking seperti negaraku.net ialah dapat menambahkan traffik ke laman korang. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tidak semestinya traffik tersebut datang daripada laman tersebut sendiri. Tetapi boleh juga berasal daripada search engine. Bagaimana tu?

Cuba lihat gambar di atas. Artikel aku berkenaan OneMangayang disubmit ke negaraku.net mencapai ranking ke-3 dalam search engine sedangkan entri aku yang sebenar mendapat tempat ke-4. Huh, macam mana artikel penuh boleh kalah dengan preview artikel je.
Benda ni bukanlah sesuatu yang ajaib bagi aku memandangkan Pagerank negaraku.net lebih tinggi daripada blog ini apatah lagi traffiknya. Jadi, sekiranya korang menghantar artikel ke sosial bookmarking, tidak mustahil bagi laman korang menerima traffik daripada search engine dengan sosial bookmarking sebagai medium.
Cara ini amat lah penting bagi aku sekiranya blog korang berbahasa English dan carian dilakukan secara seantero dunia kerana persainganyang korang dapat sudah tentu meningkat.
*Sengaja aku guna perkataan negaraku.net pasal aku selalu submit artikel di sana.
Untuk blog bahasa Melayu, boleh juga guna Digg.com.my selain daripada negaraku.net.
betul2..
Negaraku boleh menambahkan traffik blog anda
teringat gua kat project petaling street..
saya sokong!