Pening kepala untuk memilih nama domain name? Sekiranya nama domain yang korang mahu masih ‘available’ untuk .com, sambarlah secepat mungkin.
Cuba rujuk perbezaan lowyat.com dan lowyat.net dibawah berdasarkan nilai appraisal di estibot.com. (Diingatkan, nilai appraisal di estibot tidak semestinya tepat. Untuk lebih tepat, sila guna perkhidmatan appraisal berbayar sama ada di sedo.com atau moniker.com).
Sekiranya korang tengok value untuk domain name sahaja, harga untuk lowyat.com jauh lebih mahal berbanding lowyat.net. Mungkin kerana .com lebih dominan dan semua orang (termasuk yang buta hati IT tahu akan kewujudan .com).
Walaubagaimanapun, sekiranya harga tersebut di ambil kira berdasarkan traffik, ternyata nilai lowyat.net jauh melebihi lowyat.com. Malaysia mana tak kenal lowyat.net; tempat untuk beli barang PC secara online paling masyuk selain daripada lelong.com.my. Traffic untuk forum ini setiap masa juga mencecah ribuan ‘unique visitor’ setiap masa.
Walaubagaimanapun, tidakkah lebih mantap kalau korang ada traffik yang gempak dan domain name yang bernilai mantap ?
Tags: domain tips, lowyat


