Tingkatkan perkhidmatan tren sambil menjana wang

Posted by Jimmy

Adakah korang suka menaiki keretapi? Ada beberapa perkara yang menyebabkan perkhidmatan KTM kurang disukai oleh aku.

Masalah KTM:
-Antara sebab kebanyakan pengguna tidak suka menaiki keretapi adalah kerana tidak menepati masa.
-Kadangkala masalah ini tidak dapat dielakkan kerana sesetengah perkara di luar sangkaan sering berlaku ketika perjalanan.

Cara atasi:
-Masalah utama di sini ialah pengguna tidak tahu masa ketibaan keretapi yang tepat (aku sering mendengar rungutan ini ).
-Oleh itu, aku mencadangkan agar sebuah sistem SMS dibuat.

Sistem SMS yang dimaksudkan:
-sistem SMS ini akan memberitahu pengguna kedudukan keretapi semasa.
-ex: pengguna perlu SMS ke nombor 33854 dengan ayat ON KTM <arah tuju keretapi> <kod stesen keretapi> <bilangan SMS yang akan dihantar>  <selang masa dalam minit>

-sekiranya pengguna menghantar SMS sebegini, ON KTM SLTN PB 2 15 maknanya pengguna memilih keretapi yg menghala ke Selatan, dan setelah keretapi tiba di stesen Parit Buntar, pengguna akan menerima mesej
berkaitan kedudukan semasa keretapi. 15 minit kemudian, pengguna akan menerima sekali lagi mesej yang sama sebagai peringatan.

Ps: Sebagai langkah berjaga2, SMS perlu dihantar 20 minit lebih awal kepada pengguna atau mungkin akan terdapat pengguna yang kelambatan.

Faedah:
-melalui sistem ini, pengguna boleh tunggu dahulu di rumah atau membeli belah semasa menunggu ketibaan keretapi. Dan hanya pergi ke stesen selepas menerima mesej. Dengan ini, pengguna tidak akan mengalami
tekanan menunggu keretapi di stesen lagi.

Ps: Aku jamin dalam masa yang singkat, pasti KTM akan memperoleh keuntungan yang lebih iaitu daripada sistem SMS ini dan daripada bilangan pengguna KTM yang akan bertambah sekiranya diorang mempraktikkan idea ni.

5 Responses to “Tingkatkan perkhidmatan tren sambil menjana wang”

  1. Truckster says:

    wowww idea yang sangat bagus ….tapi masalah jugak masa nak beratur collect ticket, better belian tiket dibuat melalui SMS jugak

  2. Jimmy says:

    Em, boleh jugak tu. Dekat jepun kalau tak silap aku memang dah ada dah pembelian guna telephone ni.

  3. titan says:

    kawasan aku takde tren atau ktm ni. jadi, tak berapa terkesan buat aku. mungkin warga ibukota seswai..

  4. ada tapi susah nak jumpa

Leave a Reply