Kecil-kecil dahulu mesti korang diajar supaya menabungkan. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dengan duit menabung sekarang lah yang akan membantu kita di masa hadapan.
Perbuatan menabung ataupun menyimpan wang di bank bagi aku sudah tak relevan lagi. Ya, mengikut kadar kos hidup di Malaysia sekarang, menabung hampir kepada merugikan. Untuk pengetahuan korang, aku sebenarnya suka menabung dan aku memang cerewet tentang wang. Tapi itu dulu, kini aku ada anggapan yang lain.
Bayangkan, korang menabung sebanyak RM1000 sejak 5 tahun lepas. Sekiranya dahulu nilainya RM1000, tetapi setelah 5 tahun, harganya masih sama tetapi nilainya berlainan memandangkan kenaikan kos hidup dan tukaran mata wang yang jatuh. Sekiranya anda mempunyai RM25,000 sekarang anda sudah boleh mempunyai sebidang tanah tetapi jangan harap untuk anda memiliki harga tersebut sekiranya anda menyimpan duit dahulu dan terus menunggu.
Jadi di sini ada beberapa cara untuk anda meminimumkan kerugian anda:
1.Melabur di ASB:
-faedah pelaburan adalah daripada 2-10 peratus setahun bergantung kepada keuntungan ASB.
-dengan melabur sekurang-kurangnya anda tidak akan rugi kerana nilai “duit anda + keuntungan ” ketika itu hampir cukup untuk menyamakannya dengan nilai wang anda sekarang.
2.Dengan menukarkan wang kepada kepada aset:
-ini merupakan cara paling bijak. Tetapi pastikan aset yang anda beli terus meningkat harganya dipasaran seperti rumah, tanah, atau emas.
-sebab itulah membeli menghadiahkan emas kepada isteri tidak merugikan kerana emas tersebut ada kegunaanya di waktu-waktu terdesak selain harganya yang terus meningkat.
3.Melibatkan diri dalam jual beli domain name:
-Domain name juga sebenarnya merupakan satu bentuk aset dan pelaburan yang paling berharga. Mengapa? Kerana anda membelinya dengan harga yang semurah RM30 tetapi dapat menjualnya kembali dengan harga USD 30 malahan mungkin jauh lebih mahal daripada itu.
-Penjualan sesuatu domain name dengan harga USD 500- USD1000 adalah merupakan suatu perkara yang biasa bagi perniagaan domain di internet. Malahan semakin lama usia sesuatu domain itu, semakin tinggi harganya.
Oleh sebab itulah sekarang ni aku akan aku convertkan duit aku sekarang ke domain name yang aku rasakan mempunyai money value untuk aku. Tetapi tak de lah banyak, aku cuma peruntukkan untuk 5 domain name sahaja buat masa ni.
Banyak lagi yang perlu dipelajari untuk internet real estate ni, aku masih lagi dalam belajar dan perlu berhati-hati sikit. Sekiranya ilmu anda masih sedikit dan bertindak sambarono saja, mungkin anda sendiri yang akan rugi.