Mencari bakal pelanggan

Posted by Jimmy

jual beli domain

Sudah lama tak cerita tentang domaining ataupun jual beli domain. Sebelum ini aku ingatkan jual beli domain ni hanyalah dengan membina traffik dan kemudian jualkannya pada Sedo atau mana-mana marketplace yang mempunyai jual beli domain.

Ternyata aku silap setelah membaca sebuah ‘thread’ di dnforum tadi.

Rupanya kepandaian mencari pelanggan merupakan sesuatu perkara yang penting di dalam domaining juga. Di dalam thread itu, diceritakan bagaimana seorang domainer membuat duit dengan membeli domaining berharga dan menjualnya pada bakal pelanggan yang berkualiti.

Salah satu cara untuk mencari pelanggan yang sesuai, anda boleh search di Google berkenaan keyword yang terkandung pada domain name tersebut. Kesemua yang bersaing untuk keyword tersebut boleh menjadi pelanggan anda.

Bagaimana mencari bakal pelanggan yang berkualiti? Itu terpulang kepada kekreatifan masing-masing. Biasanya pelanggan yang berkualiti mengetahui kelebihan domain name dan mereka sedar mengapa perlunya domain name.

Pizza hut sudah tentunya bukan pelanggan yang berkualiti kerana tidak mahupun domain name Pasta Hut.

Tags: , ,

Leave a Reply