Picwalker, comic viewer yang mengancam

Posted by Jimmy

Aku yakin, pasti ramai yang suka baca ‘manga‘ selepas download daripada baca online kerana ‘mood’ akan hilang apabila terpaksa menunggu loading yang lama setiap kali hendak ke muka surat baru.

Tapi software apa yang korang guna untuk baca manga? Bagi aku, Picwalker tetap jadi pilihan aku dari dulu sehingga sekarang.

Ps: Sebenarnya artikel ni sudah lama aku buat dan di publishkan di blogspot.

Tidak perlu extract

picwalker 1

  • kebanyakan file komik atau manga yg didownload drpd internet mempunyai format zip atau rar supaya boleh didownload sekaligus
  • dengan pic walker korang tidak perlu lagi mengextract file tersebut sebaliknya hanya perlu pilh ‘Open’ dan pilih terus file archieve tadi.

Semua page bersambung

  • Selepas itu, klik kanan dan tick pada ‘fit to width’ dan ‘continuos pages’ supaya bahagian lebar gambar sentiasa fit pada screen selain boleh di scroll.
  • Maknanya korang tidak perlu lagi menekan next untuk pergi ke mukasurat seterusnya kerana telah disambung dari atas ke bawah.  

picwalker 2

Zoom gambar supaya tak pecah

  • Kekunci – dan + boleh digunakan untuk zoom gambar.
  • Pergi ke option dan set resampling ke lanczos supaya gambar yang di zoom tidak pecah.

picwalker 3

Lain-lain

  • Tekan titik untuk pergi ke file archieve yang seterusnya.
  • mempunyai system cache, sekiranya korang menutup picwalker pada sesuatu mukasurat. Ia akan bermula dengan mukasurat yang sama pada sesi lain kali. Tapi ini untuk file yang berada dalam bentuk zip sahaja.
  • Menyambungkan semua folder dalam file zip kepada satu bahagian. Jadi korang tidak perlu lagi pilih open atau tekan ( . ) untuk ke folder seterusnya.

Tags: ,

2 Responses to “Picwalker, comic viewer yang mengancam”

  1. titan says:

    aku lagi suka baca kat onemanga. Banyak plak manga leh tengok online. haha..yang terbaru. Bakuman. Lagi syok cite ni banding naruto..

  2. Jimmy_MRR2 says:

    Ohh.. bakuman.

    Memang aku syorkan manga ni utk sesapa yang nak jadi manga artist.
    Die punya cerita memang detail. Aku harap pelukis komik Malaysia dapat amik pengajarn dari manga ni.

    Malaysia comic lacks storyline…

Leave a Reply