Restoran Buku, adakah terdapat di Malaysia?

Posted by Jimmy

restoranSemalam merupakan sesuatu yang menyakitkan hati aku. Perkara yang sepatutnya aku buat dalam masa 40 minit bertukar menjadi 1 jam 30 minit. Apa dia tu? Mentekedarah la.

Sebelum ini tidak pernah aku menunggu ketibaan makanan sebegitu lama seperti semalam. Setiap minit bagai setahun lamanya. Aku faham sememangnya orang ramai di kedai makan tersebut, tetapi pengusaha-pengusaha kedai perlu lah faham dan menambahkan mutu perkhidmatan mereka atau sekurang-kurangnya

1. Menyediakan laptop pada setiap meja makan

Sekiranya pemilik kedai makan tersebut benar-benar kaya, tidak salah melabur sedikit untuk perkara begini. Tidak kisahlah sampai 2 jam pun makanan disiapkan, aku pasti tiada yang mengadu. Tapi aku cukup yakin perkara ini amat sukar dilakukan.

2. Jadikan lah restoran anda sebagai Restoran Buku

Pernah dengar Restoran Buku? Di Malaysia aku tidak pasti terdapat atau tidak, tetapi di Korea sana memang sudah ada. Aku tahu perkara ini apabila menonton drama Korea “Only You”, lakonan Han Chae Young a.k.a Korea Barby Doll.

han-chae-young

Aku pasti aku tidak akan merungut sekiranya di atas meja sudah terhidang 4 atau 5 buah buku untuk santapan rohani. Lebih bagus sekiranya komik turut disediakan. Dan lebih bagus supaya terdapat sebuah rak khas untuk menempatkan buku-buku. Jadikan restoran anda kepada perpustakaan.

Di mana mendapatkan stok?

Buku mahal? Tak ada la. Sekiranya korang tinggal berdekatan Ipoh, boleh la jenguk-jenguk Novel Hut di Ipoh Parade yang menawarkan 1001 buku dan majalah ’second hand’ pada harga murah.  Paling tidak, cuba cari di pasar malam. Aku sering terjumpa mereka yang ingin menjual buku-buku terpakai pada harga murah. Mungkin kerana kesempitan wang atau ingin meluaskan ruang di rumah.

Pendapatan tambahan

Murahkan majalah dan buku yang di beli tadi? Pada setiap majalah atau buku yang ada, letakkan tanda harga yang lebih tinggi (tetapi tidak melebihi harga sebenar supaya pelanggan yang tidak kesempatan menghabiskan buku tersebut dapat membelinya dan menyambungnya di rumah.

Ps: Mengambil perkerja seperti Han Chae Young juga merupakan satu kemestian.

Pss: Bagi peminat drama korea, aku cadangkan korang tengok cerita “My Sassy Girl” lakonan Han Chae Young. Romantik + Komedi, jenis yang aku suka.

4 Responses to “Restoran Buku, adakah terdapat di Malaysia?”

  1. titan says:

    cakap ajela ko minat Han Chae Young tu..haha..

  2. Jimmy MRR2 says:

    Shh… diam diam sudah.

  3. MaJa says:

    comel pulak Han Chae Young aku tengok..

    padahal baru 1st tym tengok je nie..

Leave a Reply