Posts Tagged ‘blogger template’

Menggunakan template yang simple

Tuesday, July 21st, 2009

Overview:

Kebiasaannya, ramai yang menganggap bahawa sesuatu laman yang cantik itu mampu menarik traffik yang banyak. Ada yang mengatakan sesuatu laman yang cantik dan penuh interaktif merupakan kunci yang membuatkan sesebuah laman kelihatan professional.

Sebab itulah masih ramai pereka website dan blogger menghiaskan laman mereka dengan flash kerana animasi yang dihasilkan flash memang mengagumkan. Dan ada pula yang memasukkan lagu ke dalam laman mereka. Cangih memang lah canggih, tapi macamlah aku tak ada simpanan lagu dalam PC aku. Lagi teruk kalau ketika tu memang aku tengah pasang MP3. Dah jadi macam lagu entah apa la pula.

Biar simple tapi laju

Bagi aku antara yang penting pada sesebuah laman itu adalah sebuah template yang teratur dan mampu load dengan laju. Ya, kelajuan loading adalah sesuatu perkara yang perlu di titik beratkan. Sekiranya load lambat, boleh jadi pengguna tidak sabar menunggu dan terus tekan ‘pangkah’.

(more…)

Tukar template blogger anda sekarang juga

Thursday, September 18th, 2008

Sekiranya blog yang anda guna sekarang diambil daripada pilihan-pilihan template di blogspot, saya yakin yang anda tidak berpuas hati kerana pilihan yang ada terlampau sikit malahan designnya agak teruk. Jadi terdapat banyak pihak ketiga yang menyediakan template-template untuk blogger dan anda menukar template anda dengan mudah sekali.

Jenis-jenis template:
Template blogger boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Classic dan XML.

1.XML:
-Sekiranya anda mendaftar dengan blogger pada tahun 2007 dan keatas, saya yakin template blogger yang anda pakai sekarang ialah jenis XML.
-Kemudahan template ini ialah ia boleh berinteraksi dengan ‘page elements’ di bahagian blogger layout dengan mudah. Anda boleh tambah, edit dan susun page element mengikut kehendak yang anda mahu di sana tanpa sebarang pengubahsuaian di bahagian koding template tersebut sendiri. (more…)