Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pengiklanan Adsense for Domain milik Google, maka terikat untuk mengikuti segala guideline dan polisi yang telah ditentukan mereka atau akaun adsense anda boleh di ‘banned’.
Sudah tentu anda tak mahu, kan? Jadi, fahamkan elok-elok perkara yang tidak boleh anda lakukan.
Invalid Click dan Impression
Apa yang seronoknya program Adsense for Domain ni, anda bukan sahaja boleh mendapat wang daripada klik, tetapi pada impression juga. Jumlah impression biasanya tidak titik berat oleh kebanyakan syarikat pengiklanan domain parking. Ini menjadikan Google unik dan berbaloi untuk di cuba.
Ingat, Google sama sekali melarang anda untuk mengklik iklan sendiri atau bersedialah untuk di ‘banned’. (more…)