Menggunakan template yang simple

Posted by Jimmy

Overview:

Kebiasaannya, ramai yang menganggap bahawa sesuatu laman yang cantik itu mampu menarik traffik yang banyak. Ada yang mengatakan sesuatu laman yang cantik dan penuh interaktif merupakan kunci yang membuatkan sesebuah laman kelihatan professional.

Sebab itulah masih ramai pereka website dan blogger menghiaskan laman mereka dengan flash kerana animasi yang dihasilkan flash memang mengagumkan. Dan ada pula yang memasukkan lagu ke dalam laman mereka. Cangih memang lah canggih, tapi macamlah aku tak ada simpanan lagu dalam PC aku. Lagi teruk kalau ketika tu memang aku tengah pasang MP3. Dah jadi macam lagu entah apa la pula.

Biar simple tapi laju

Bagi aku antara yang penting pada sesebuah laman itu adalah sebuah template yang teratur dan mampu load dengan laju. Ya, kelajuan loading adalah sesuatu perkara yang perlu di titik beratkan. Sekiranya load lambat, boleh jadi pengguna tidak sabar menunggu dan terus tekan ‘pangkah’.

Sebab itulah penggunaan flash tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan laman menjadi lambat kerana lebih banyak data yang perlu di download pelawat sebelum dapat melihat laman tersebut.

Rujuk laman mereka yang professional

tukar template yang simple

Sekiranya anda merujuk kepada laman-laman professional, kebanyakan daripada mereka kadangkala hanya menggunakan template yang simple sahaja. Simple membuatkan mereka nampak professional.

Cuba lihat laman w3schools yang menerima ribu ribuan pelawat setiap hari, simple sahaja template mereka. Apa yang membuatkan laman mereka terus di lawat adalah isi kandungan yang disampaikan.

Tags: ,

Leave a Reply